BULETIN SEKOLAH

26 JULAI - 30 OGOS 2021
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

JULAI - OGOS 2021
PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2

Thursday 11 June 2015

SEJARAH SK SERI SELAMAT

Sekolah Kebangsaan Seri Selamat mula dibangunkan secara gotong-royong pada 1 September 1953. Bangunan ini beratapkan nipah dan berdindingkan tepas. Nama asal sekolah ialah Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat, Sitiawan. Guru Besar pertama ialah Tn. Hj Ahmad Fauzi bin Hj Mohd Sabri (Allahyarham).

Pada 8 Januari 1957, sebuah bangunan baru siap di bina diatas tapak bangunan yang lama. Ketika itu murid belajar dalam dua sesi, pagi dan petang. Bangunan tambahan siap pada 18 Oktober 1967 membolehkan semua murid belajar dalam satu sesi.

Pada 5 Mei 1982, bangunan baru 3 tingkat siap dibina. Bangunan lama diambil alih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Manjung. Sekolah ini dijadikan Pusat Kegiatan Guru-Guru Daerah Manjung. Sekolah ini juga menjadi tuan rumah kepada berbagai-bagai pertandingan peringkat kelompak dan daerah.

Pada tahun 1984 nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Seri Selamat kerana mengelakkan kekeliruan yang sering berlaku akibat nama yang hampir sama dengan sebuah lain iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Empat.

Pada 1 Jun 1987, sekolah ini memulakan program pembelajaran berbantukan komputer. Mudah-mudahan sekolah ini akan terus menempa kejayaan yang lebih cemerlang.

2 comments: