BULETIN SEKOLAH

26 JULAI - 30 OGOS 2021
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

JULAI - OGOS 2021
PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2

Wednesday 17 June 2015

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG


SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG
            Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung pada pembangunan pendidikan yang terancang dan bersepadu dalam kalangan semua warga sekolahnya. Sumber manusia yang dilengkapi ilmu yang selari dengan perkembangan semasa mampu mendepani cabaran era globanisasi. Generasi yang berilmu telah terbukti dapat menjamin kestabilan, kemampuan dan kemajuan sesebuah sekolah.
             Justeru itu saya bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah kurnian-Nya Sekolah Kebangsaan Seri Selamat ini telah dapat merancangkan pengurusan sekolah dengan lancar dan berkesan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua guru yang terlibat.
           Saya akan berusaha untuk meneruskan kecemerlangan sekolah ini dan memastikan segala aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terlaksana dengan jayanya. Paling penting ialah hala tuju yang berfokuskan kepada kemenjadian seorang insan bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan ko kurikulum selaras dengan saranan KPM untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Saya yakin Sekolah Kebagsaan Seri Selamat akan sentiasa bersinar sebagai sebuah permata yang sangat berharga.
              Sebagai pemimpin sekolah, saya mengharapkan sokongan padu daripada seluruh warga sekolah, guru, murid dan ibubapa serta penjaga untuk  menjayakan tugas dan tanggungjawab maing-masing. Terbinanya laman web ini adalah menjadi satu wadah yang penting bagi  mencapai hasrat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Pn. Rahimah Banun Binti Mohd Saaid
Guru Besar SK SERI SELAMAT

No comments:

Post a Comment